corat coret

Jumaat, Ogos 29, 2008

Panduan Menuju Alam Perkahwinan

Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian diawal perkenalan dengan pasangan masing masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu disyarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan -jalan,dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K' diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu "Kenal", "Kelas", "Kufu", "Kasih" dan akhir sekali "Kahwin".

KENAL
Kita disuruh kenal/ta'ruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata-mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah disuruh dan dicari orang yang boleh dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan perangainya. Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.
"Apakah kamu kenal lelaki ini?" tanya Omar "Ya, saya kenal," jawab lelaki tersebut. Omar bertanya lagi... "Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?" Lelaki itu menjawab tidak pernah, Omar bertanya lagi "Pernahkah kamu bermu'amalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan-kawannya" Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya. Risik merisik latarbelakang pasangan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya.. Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat-sahabat yang akrab dengannya.... Adalah berdosa besar jika antara kedua-dua belah pihak BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK-ANSUR dapat dibuat dalam apa juga perkara.

KELAS
Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. Kelas yang dimaksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam, sentiasa 'alert', sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat 'MEMBINA' untuk menjaga akhlak dalam Islam.

KUFU
Kufu amat diberatkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu diseimbang. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam. Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya. Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur. Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan Aisyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yang serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh diselaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga.

KASIH
Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang ditekankan ialah di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis:- "Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan" Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam. Rasulullah memberitahu:- "Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu" Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga.. Sememangnya terdapat " Orang orang yang benar-benar redha dengan pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak terletak pada HATI kaum lelaki" Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok. Kasih yang dipupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga. Hadis Nabi ada menyatakan:- "Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan. Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunannya dan Barang siapa yang berkahwin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua duanya." Keberkatan memang dititik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita dipasakkan dengan betul. InsyaAllah perkahwinan akan diberkati dan dilindungi. Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.

REDHA
Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya, Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dengan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka. "Apa yang dikatakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya" Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur :ayat 26:- "Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik" Istilah kufu sangat di tekankan kerana jika isteri dianggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima. Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang. Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa ....Begitu juga sebaliknya masalah berlaku Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti "AKU UBAHLAH PERANGAINYA". Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk. Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga....

Directory: Agama Corner

Jodoh Pertemuan Yang Mana Menjadi Pilihan?

“Wan, aku tak jumpa la orang yang sesuai dengan aku..” keluh seorang sahabat padaku. “Camne ye, aku tak jumpa r yang betul-betul baik kat sini, dengan kata lain, tak berkenan kat hati aku…” keluh seorang lagi.. Saban hari, pasti ada di antara kita yang mendengar keluhan-keluhan sebegini menari-nari di telinga kita. Seorang pemuda berusaha mencari ciri-ciri yang sesuai untuk dijadikan seorang teman hidup, tetapi disebabkan terlebih mencari, sehingga lupa tentang persiapan diri. Seorang pemudi pula mengharapkan seseorang yang sudi menjadi teman dikala sepi, penyempurna iman pada diri, dengan itu juga mencari, tercari-cari sehingga lupa bahawa diri masih tiada persiapan lagi. Akibatnya, keluhan sahaja yang saban hari menyusul dan menyusul. Kekecewaan dalam mencari menyebakan ada yang sanggup buang jati diri, yang selama ini menjadi benteng dan juga maruah diri. Terus diambil yang mana dirasa boleh mengisi kekosongan hati. Tanpa usul periksa agama empunya diri. Hanyut, hanyut bersama dunia sendiri. Hanyut dengan perasaan dan hati. Sehingga sudah tidak boleh memikirkan realiti dan mimpi. Mengapa Menjadi Lebih Baik dari Mencari ? Mungkin aku bukanlah yang paling layak untuk bercerita tentang bab ini, tetapi apa yang telah dilalui sedikit sebanyak boleh sama-sama dikongsi untuk kebaikan bersama. Seorang lelaki , pemuda khususnya, tanyalah sesiapa yang digelar pemuda, jika ditanya tentang jodoh, pasti mereka akan menjawab mahukan isteri yang solehah, yang tahu jaga diri, yang pandai jaga hati mereka, yang cantik akhlak, yang tahu agama agar boleh bimbing mereka jika tersalah langkah. Aku tidak katakan semua yang mahukan semua pemuda mahukan ciri-ciri ini, tetapi majoriti, jika ditanya jauh di sudut hati pasti akan terbit jawapan-jawapan ini. Memang susah untuk mencari golongan-golongan yang begini, calon-calon yang kita impikan. Tetapi jika sifat-sifat yang diimpikan pada pasangan itu kita terapkan pada diri, Mahukan yang solehah, berusaha menjadi soleh, mahukan yang pandai menjaga hati kita, kita berusaha menjaga hati orang-orang disekeliling kita, bila kita betul-betul berusaha ke arah kebaikan, pasti tidak susah dalam menemukan orang yang dicari. Banyak terjadi apabila ada pemuda sudah berjumpa dengan pilihan hati, yang ada ciri-ciri, tetapi ditolak mentah-mentah kerana sifat diri yang tidak disukai, sifat suka menyakiti hati orang-orang terdekat menyebabkan sifat itu menjadi buah mulut orang , dan meneybabkan orang tawar hati untuk mendampingi seseorang, walaupun dia ada harta, ada muka, ada keturunan, tapi bila akhlak tiada, runtuh sebuah harga. Sebutlah buah durian, pasti ramai yang tahu kesedapannya dan keenakannya. Dengan kesusahan untuk mendapatkan isinya, sudahlah buahnya tinggi di atas pokok, bila sudah jatuh, terpaksa pula menghadapi duri-durinya sampaikan ada yang terluka jika tidak tahu membuka isinya. Dari luar dilihat sangat hebat, tetapi bila sudah dibuka isinya , sudah busuk , pasti akan ditinggalkan begitu sahaja. Begitulah perumpaan bagi pemuda yang hebat,yang punya harta , muka, keturunan, tetapi jika akhlak tiada, pasti tiada siapa yang suka. Maka akan ditolak mentah-mentah segala yang datang darinya. Bagaimana menjadi? “Wan, aku kecewa la dengan muslimat ni, aku tak jumpa yang berkenan, ada tu, nampak baik tapi mulut laser, ade tu pulak macam menjaga bila depan kita, tapi last-last tau perangai dia, langsung tawar..” “Ade je yang betul-betul baik. Cuma mungkin yang kau nampak yang ni je, sebab tu tak jumpa. Ramai muslimat kat atas muka bumi ni, kalau tak kat sini kat tempat lain. Usahakan menjadi, dalam menjadi ni, dua syarat utama yang insyaallah, boleh membantu. Petama, tundukkan pandangan ko, kurangkan mata tu melilau-lilau dengan wanita, nampak aurat orang, usaha palingkan, kernaa bila kita jaga pandangan mata ni, hati kita akan terjaga, bila hati terjaga dan bersih, masa tu kau boleh bezakan akan hak dan batil. Kedua, banyakkan puasa. Bila datang je ‘perasaan’ tu, puasalah, insyaallah, ia sedikit sebanyak membantu. Kerana ini pesan Nabi, bila Nabi pesan, banyak terkandung barakah dia. Dan bila makan tu, jangan selalu penuh atau berlebih-lebihan. Jaga makanan yang masuk perut tu. Dua ni cuba amalkan, dan yang lain-lain akan menyusul kemudian.” Insyaallah, bila dua benda ni terjaga, kita akan dapat rasa nikmatnya ibadah tu. Untuk apa nak dapat nikmah beribadah ? bila kita dah rasa nikmat ibadah, maka hati kita akan merasa sendiri cinta Tuhan itu tidak bertepi. Dan perasaan yakin akan datang pada kita, bahawa kita ni adalah milik Tuhan, jika kita berusaha mencintai Tuhan , maka Dia sendiri akan memberi orang yang juga mencintaiNYA kepada kita.Dan orang yang mencintai Tuhan, mendahulukan Tuhan dalam segala hal, adalah orang yang bertanggungjawab dalam hal dunia dan akhirat, dan yang pasti merupakan orang yang baik, soleh ,solehah dan muslih(menjadikan orang lain turut soleh). Itu suatu janji yang pasti. Apa Kesudahannya? Kerana apa kita bersusah-susah dahulu itu semua ini?..Kerana inilah janji Tuhan, “sesungguhnya setiap kesusahan pasti akan disusuli dengan kesenangan. Sesungguh-sungguhnya (Demi) setiap kesusahan pasti ada kesenangan”… Bila kita berusaha menjadi, dan sudah sampai masa untuk diri melangkah setapak dalam mencari redha Ilahi, disitu kita akan melihat rahmat disebalik kesemua kessusahan ini. Dengan bermula dengan mudahnya penerimaan orang yang dipinang, kemesraan ibu bapa sebelah sana, dan yang terpenting , mahar dan hantaran yang tidak membebankan , hanya cukup sebagai syarat sahaja. Ketika melihat hantaran inilah, jika kita melihat orang yang tidak menjaga diri sebelum itu, pasti pening apabila melihat harga hantaran yang terlalu menyiksa diri. Dimanakah mahu dicari duit sebanyak itu?..Jika tiada, maksudnya melepas si dia, sehinnga dia melihat bahawa perkahwinan itu umpama membeli si gadis dari keluarganya. Keresahan inilah yang sering membelenggu remaja-remaja. Tetapi jika melihat kepada orang-orang yang menjaga diri mereka, dalam segala hal, perkahwinan mereka cukup lancar, mahar yang tidak terlalu rendah , dan hantaran yang tidak menyesakkan dada.Betul-betul dilihat bahawa perkahwinan penyempurna iman. Alhasil kita melihat, keluarga yang dibina, betul-betul boleh dilihat hasil ketenangan, kedamaian kerana keturunan yang dihasilkan betul-betul bermanfaat bukan sahaja untuk keluarga tetapi masyarakat juga sejuk dan gembira dengan kehadiran mereka. Kejayaan dalam keluarga inilah yang menjadi penentu di mana akhir kehidupan kita.

Directory: Agama Corner
Author: Sumber: Blog Umaralfateh
Posted By: dyenne (Sakura, Kindaichi)

Khamis, Ogos 21, 2008

BENGAAAAAANG

Heeeeee...bengang tol. mentg2 dorg bos. arh aku itu ini. aku dh wt bkn xwt tau. bkn slh aku lau org yg dsrh tu lmbap ke pe ke. sakit ht aku. hey, lau bkn dsbbkn aku ni nk duit tuk tampung diri. xnk sshkn mak ayh aku dh lm aku chow. aku sbr jer. baik aku wt kje2 mtvasi cm dulu. bhgia jer. wlupon xbrduit sgt. kne mrh ngn mak ayh aku pon aku xkesah. dorg mak ayh aku mrh tuk kbaikn. xde hal sgt lh. ni hny pgkt sket jer nk arh aku mcm org sengal. heee...geeeeram. xpe2 sbr ainul. ko mmg xkn lm kt cni. doa jer ko dpt kje yg lbih baik dr ni. yg sejiwa dgn ko. sbr dulu kiki. sbr ye kiki. ko dptkn penglmn dulu. ko de pnglmn, mn2 cmpny xkesah amik ko pon. dgn pnglmn yg ko de. k, now. ko g solat. tngkn diri. llki2 xguna tu mmg wt aku ni mcm aku ni robot. lau ko yg dulu mst dorg xberani nk wt ko mcm ni. mst tktny lh. wlupon dia bos. g solat skrg ainul. pedulikn dia. cm sengal, senget. cvhow lh. bengang tol aku.

Pesanan Buat Sahabat

Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.

Hadis Hari Ini...

Daripada Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah redha kepada seseorang hamba yang makan sekali makanan lalu ia memuji kepada Allah atas makanan itu serta ia minum sekali minuman lalu memuji kepada Allah atas minuman itu." (Riwayat Muslim)

Selasa, Ogos 19, 2008

Aku Bagai...

Aku bagai...bagai pe ek? ermmm....kiki, ko ni knp? dh sengal ke. eh, sengal???? kakk kt prktaan sgl adlh SENTIASA GAGAL. xnklh mcm tu. aku nk SENTIASA BERJAYA. sekali sekala gagal tu adatlh dlm brjuang. xkesahlh brjuang dlm bntk pe sekali pon. hmmm...aku kje kt cni dkt 3bln. best xbest kne kje gak wlu ape pon. nk cr duit beb. dh lh dpt smbg bljr lg. huhu..aku mmg truja sgt. yelh, mn xny ini impian aku sjk dulu. bljr kt ukm. lps ni master plk kt london. aaamiiiin..insyaALLAH. semoga aku dpt bljr dgn tng, krja dgn gigih dn moga dlm 4thn ni aku dpt jd zaujah seseorg. hahaha...gatai ainul ni. bukn pe. aku bljr 4 thn. lm tuuuu. kluar ukm dh 27. tua xtua pon kirany mcm lmbt lh nti. hehe..bkn gatal, lg sekali dtegaskn. haha, aku nk de tonggak kekuatan selain family yg de. disaat aku jatuh, de org dblkg. yg sntiasa mmberi semangat dn dpnjmkn kkuatanny tuk mghadapi pe yg mndtg. aku mginginkn zaujun yg mmhami dn mmbimbing serta tenang. hailooo..itu hny pe yg aku impikn. moga ALLAH mmprkenanknny. DIMANAKAH DIKAU WAHAI ZAUJUN KU????????????????????

Jumaat, Ogos 15, 2008

Kegeraman yg Melanda

Eeeeeiiiii....geraaaaaam sesgt. pg td puny lh aku dok melanguk. xdckpny. dh tghhr, aku dh kluar. br nk ckp. powerpoint nk ptg ni. nk gune wktu miting. kt 2minggu. ni xsmpi 1hr ckp, dh ubh.keling tul, keling pon xmcm ni. dlm aku kelam kabut dn brhuruhara menyiapkn slide. aku xdpt nk g bank in kn duit yuran. trikh akhir hr ni. haru tol. ni abg la puny psl. lau x dh setel mgu lps lg. tp xkn aku nk wt deeek je ble di nk pnjm. tp nasib baik akk ofis nk tlg. lau x mmg haru. wakasi huruhara mcm name blog aku nti br tau. mmg aku ni suke la brhuru hara. nasib ko la kiki. k la.. nk chow. xle lm2 tulis ni. krg nmpk dek bos mampus aku. hahahaha...