corat coret

Rabu, September 16, 2009

Sakit

Hari ini mcm2 rs aku ader. dgn sakit fizikalny ditambah lg dgn sakit emosi dan mental. aku jd brtambah2 sakit smpi dada aku rs berat, xbrnafas dgn betul. dh mkn ubat pon xjln lg. nk taip ni pon smpi menggeletar tgn aku. nk jdkn crite ramadhan kali ni aku tak seperti org len yg dpt menikmati dn mnjalani ramadhan dgn penuh kenikmatan. tp aku penuh dugaan. mgkn ALLAH sygkn aku jd Dia berikan ujian ini pd aku. aku pasrah...dn criteny bermula begini.....

1) 3hari sebelum umat islam memulakan ibadah puasa aku dh jd org yg xtentu arah. diri aku, perasaan aku jd haru biru dn kucar kacir smpai satu tahap aku telan ubat paracetamol satu papan(10biji)+ponstan 2biji. ms tu aku pk aku nk tdo n aku xnk bgn2 lg dh. tp ALLAH maha brkuasa aku bgn dgn elokny pg esokny. pegi kerja mcm biasa. aku sgt elok sehingga mula brpuasa dr 1ramadhan hingga 4ramadhan aku masih elok. tp diketika pg 5ramadhan aku dh mula rs ketidakselesaan tp aku meneruskn juga brpuasa dgn harapan aku akn elok sehingga wktu brbuka. ku ingatkn panas smpi ke ptg rupanya hujan di tghhari. cewah..pg2 lg aku dh mula rs sakit. aku biarkn. dn mmg sgt tdk disangka2 tghhr itu sakit gastrik aku makin menyucuk2 hingga ketulang belakang. aku dh mula tidak keruan kerana aku hampir nk kne kancing gigi. nasib ada bos yg baik hati, dia hntr aku ke HKL dgn ditemani akk ipar n ofismate aku. trus ke e.r mmg dh xle nk dibantu dh ms tu. dbg ubt aku xmampu nk telan trsembur keluar balik. sian kt M.A tu. huhu..ble dh msuk hospital ni besa la kn mcm2 dbuatny kt aku. itu la ini la. aku redha kn ajer la sbb aku dh xlrt. sakit sgt ms tu. slps hampir 2jam aku dbnrkn discharge tp dgn syrt aku prlu dtg lg esokny tuk ke pakar. ble balik ke rumah aku dihujani dgn soalan mcm2 dr umi, aku xlrt nk jwb tp aku jwb jugak seadanya. xnk digelar ank derhaka. aku mintk bantuan ayh tuk hntr aku ke hospital sokny tp ayh refuse. dia xnk. dia kt g sndri. papehal pon g sndri. cab byk nek je la. sedihny aku. sgt sedey. smpi ht ayh wt aku cmni. sgt sedey. tp aku diamkn ajer. biarla aku memendam rasa. dn brmula dr aku sakit tu smpi la ramadhan ke brp nth aku pon xigt aku xle pose. try gak nk pose tp xbole. mkn pe pon kluar balik. mmg aku jd teruk kali ni. akhirny mgu lps aku kuatkn diri nk pose dn alhamdulillah aku dpt 4hr pose cmpur dgn 4hr awl pose aku dpt pose 8hr jer tuk ramadhan tahun ni. skrg ni aku xpose lg sbb aku dh nmpk ank bulan lebih awl dr org len brmkna aku dh raya. hahaha...sukenyer tp nk mengganti tula yg tgh dok pk2. hukhukhuk...

Itu kisah pertama. ni aku nk crite kisah kedua pulak yg trjd dlm bln ramadhan kali ni..
Kisahnya.....

2) pd 30/08/09 brsamaan hr ahad aku de class. aku g class dgn bestnyer tp balik awl sbb aku xlrt (sakit aku menyerang kembali) hoho..aku balik la dgn dijemput parents aku. smpi2 je kt umh aku feel sumthing. then aku try kol 'seseorang' dan wachaaaa betul pe yg aku rs 'dia' de balik. aku kol 'dia' tp dia xangkt. sgt pelik aku rs. tp aku biarkn. sokny aku try kol dia smpi 3 kali aku kol tp ttp dia xangkt. ini menmbhkn kepelikkn pd aku. akhirny aku bg dia msj. tp dia stil xreply pape pon. sungguh aku jd brtmbh xbetul. smpi trtny2 aku de wt slh ke? pe slh aku? 3hr pastu aku kol adik dia tny psl dia tp adik dia bg jwpn yg paliiiinnng best. 'abg de kt tmpt keje dia la'. akhirny aku akur. yela, klu org xnk ckp wt pe nk pksa2 kn. aku mula brpk2 knp, knp dn knp. ahad brikutny 06/09/09 aku try kol 'dia' lg tp still xangkt. aku brpk klu guna no len dia angkt x. aku pon pnjm la tepon kwn aku. seb bek dia sporting. dn dlm xtrsgka dgn 2x deringan jer 'mamat sengal' ni angkt fon kol tu. aku hny diam dn ltk fon tu. biarla dia nk pk pe. smpi hr dia wt aku cmni. aku sgt geram. bkn sj geram aku rs klu aku dpt dia aku nk sagat2 muka dia kt jln raya. biar dia rasa. ble dh cmtu, aku wt keputusan hubungan kami hny stkt itu. dia yg pilh jln tu. dn aku menurut. aku tekadkn hati xkn contact dia lg. xakan. alhamdulillah aku dpt wt cmtu wlupon aku de trsikit bengong tp dgn xdisangka hr khamis 10/09/09 tu dia msj aku pas wktu buka. xd ckp pepon juz a simple word 'aslkm, slmt brbuka pose'. tu saje. aku wt xtaw jer ngn msj tu. wt dono smpi la ke hr smlm aku dpt msj dia lg 'aslkm, maafkan saya'. huh, what that means? dia knp nk aku maafkn dia. nmpk sgt wt slh kn. tp aku xkisah aku hny nk pnjlsn dia knp dia wt aku cmtu. lps aku tny pndpt kwn2 pe perlu aku wt aku kol dia. hmmm..nyatala mmg spr aku jangka dia le wt cm xd pape. cume ble dia dgr suara ku len mcm br la dia jd ala-ala brsalah. hampeh tol mamat sengal ni. aku tny dia dia tny aku balik. akhirny ble aku brtegas, dia kt dia dh dpt transfer ke kg dia dr aku mula dpt atw dia balik lg. kt dia . n yg paling aku jd sakit hati sgt dia le kt mmg fon kol awk saye xnk jwb. maafkan saye. saye de mslh. nk kt peribadi ia jugak, nk kt x pon ia jugak. eh, pe ni. ckp belit2. makin sakit ht aku. then aku ckp. aku hny nk penjelasan dia. ckp jer pe dia aku trime then aku xkn tny lg. tp jwpn dia sungguh mndukacitakan. dia kt xd pe yg nk dijelaskan. sungguh la tidak berperasaan mamat sengal ni. dn aku xtunggu lame. aku xle nk dgr pe dia ckp lg. aku trus ckp nk ltk fon, xle nk ckp skrg. akhirnya aku nanges. bodohkn aku ni. nape aku nanges? sbb pe? dia? sgt bodoh. dia xd pape pon. relaks jer tp ko yg bria2. dn dia le lak bg msj 'mgkn ini cobaan di bulan ramadhan'. bak kt nanad, igt ni crite p.ramlee ker doremi tu cobaan segala. biol tol. dn aku nanges dn brgelak dgn nanad. kwn aku segalanya. sbnrny, brmula dr dia wt xtahu ngn aku tu aku dh wt keputusan yg ktorg dh fullstop. dh xd pape. cuma aku hny nk tahu pnjlsn dia jer then blah. lntk dia la pulak kn nk jd per. tp aku xkuat lg sbnrny wlupon aku kt aku kuat.

ainul...ainul. dh la tu. biarla dia hidup dgn cr dia. tinggalkn la bnde2 lagha ni. xbagus pon kn 'kwn len jenis ni'. ALLAH xd bg green light tuk itu melainkn prnikahan. ko sndri dh tahu. jd ko kne wt. jgn biarkn perasaan menguasai diri. letakkn akal dihadapan ko skrg. life must go on. xyh la dpkkn bnde2 yg remeh ni. ALLAH akn berikan yg trbaik tuk diri ko jika ko wt yg trbaek tuk diri ko sndri disamping mnjg hukum ALLAH. bangkit ainul bangkit dr kekecewaan. biarla dia. biarkn. lpskn la dia dr hati ko spy ko xtrsungkur lg. ingatla ALLAH BRSAMA SAMA DGN ORG YG BRSABAR.

Ini jer yg dpt aku coretkn tuk bln pose n becoming raya ni. aku jrg dpt update. updat epon ble rs nk jer. pepon. ainul waku up. make up ur mind. jgn belenggu lg dgn mnde2 lagha tu. xelok pon. kudis jer sume tu.

Khamis, Ogos 13, 2009

hailo...hailo

errrmmmm aku nantok sgt. kje byk sbnrny tp xtaw nape mls nk wt+pulk aku tgh senggugut ni jd brtmbh2 mls la aku. sakit dowh. tgk kwn2 kt cni pon sm jer mlsnyer. sume wt muka toya+surf internet (tgk fb, fs, n myspace n also enovel). tu sume trikut2 aku tang enovel tu. dh rmai yg addicted dgn enovel2 yg aku bg kt dowg. siap bremosi pulk. mcm2 yg kluar. ini la itu la. aku yg gelak2 tgk dorg jdny. mula2 tu dowg xphm gak nape tiap kali dowg pgl aku mst aku xdgr+lagi aku trpaku jer tgk skrin com ni lagi2 la dowg pelik. tp ble tgk jer pe aku wt. huh, trus dowg ckp "owh ni kje ko sbnrny ea. pttla pgl xdgr2. pekak smcm jer aku tgk". kihkihkih..malu gak tp nk wt cmne aku ni klu dh wt sesuatu mnde mmg aku akn xbrgerak2. tu time angin rajin dtg la. ha, klu time angin mls mcm ni+lagi plk dgn sakit sana cni mmg sure aku xwt pape. ni pown nth hangin rajin mn pulk tetbe nk update blog. sllny tu sebuln pyh skali smpi brswg2 akuny blog ni. smpi si nanad lak sek tny "ko xupdate blog ker" dgn besnyer aku jwb "tgk la klu rajin ble2 aku update". dh xtrkata minah tu klu dgr aku ckp cmtu. aku kn byk jwpn. suke suki jer nk mnjwb. waaaarrrrgggghhhhh....k la. nti aku merapek lg smbil wt kerepek ye. mls la pulak dh ni. daaaaaa

Selasa, Ogos 04, 2009

10 'K' Dalam Persahabatan

ikrami
Editor : doraemong13
"Ikatan persahabatan itu seperti untaian tasbih yang ada awal tiada PENGHUJUNG. Dicantum demi Cinta-Nya, diratib demi Redha-Nya."

"Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it you will get nothing but tears!"
10 K dalam PERSAHABATAN
* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).
* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.
* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.
* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.
* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?
* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).
* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.
* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.
* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.
* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).
to all my fwen (k.wany+nanad+sal+ika) :
does us like that???